Wednesday, December 20, 2017

ASBABUN NUZUL

Diriwayatkan oleh An-Nasa'i dan Ibnu Abi Hatim, yang bersumber dari Ibnu 'Abbas bahawa Firman Allah dalam surah al-Ma'aarij ayat 1 turun berkenaan dengan An-Nadlr bin Harits yang berkata dengan sinis : "Ya Allah, sekiranya (ucapan Muhammad untuk mengutamakan 'Ali lebih daripada kami) itu benar-benar dari Mu, turunkanlah kepada kami hujan batu dari langit."

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari As-Suddi bahawa ayat ini (Al-Ma'aarij : 1) turun di Mekah, berkenaan dengan an-Nadlr bin Al-Harits yang berkata dengan sinis : "Ya Allah jika betul Al-Quran ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit." (perkataan Nadlr ini termaktub pula dalam surah Al-Anfaal ayat 32). Hujan batu sebagai azab dari Allah itu pun diturunkan pada Perang Badar.

Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Hasan bahawa ketika turun ayat ini (Al-Ma'aarij ayat 1) turun, orang-orang bertanya : "Kepada siapa azab tersebut diturunkan ?" maka Allah menurunkan ayat selanjutnya (Al-Ma'aarij :2) yang menegaskan bahawa azab tersebut diturunkan kepada kaum kafir.

No comments:

Post a Comment